Tuesday, June 28, 2011

PERLEMBAGAAN MADINAH

PERLEMBAGAAN MADINAH Sejarah Pembentukan Perlembagaan MadinahMadinah terletak di daerah Hijaz satu bahagian dari semenanjung arab yang terletak di antara dataran tinggi Najd dan daerah pantai Tihamah. Madinah Al-Munawwarah adalah sebuah kota yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib sebelum hijrah rasulullah s.a.w. ke sana bersama golongan muhajirin. Sebelum itu Madinah diduduki oleh dua suku arab yang utama iaitu suku kaum auz dan khazraj. Mereka sering hidup bertelagah sebelum kedatangan islam dengan mengamalkan budaya arab jahiliyah.             Setelah datangya islam melalui dakwah rasulullah, kedua kaum yang bermusuhan ini telah memeluk islam dan berdamai. Rentetan dari peristiwa perjanjian Aqabah yang membawa kepada penghijrahan rasulullah...

SECARA RINGKAS BERKENAAN DENGAN SUNAN NASA'I

RIWAYAT HIDUP Nama sebenar Imam Al- Nasa’I ialah Abu ‘Abd al –Rahman bin Syu’aib  al – Nasa’i  al- Kurasani. Beliau adalah seorang Imam Hadith dan seorang penghafal hadith yang hebat. Al-Nasa’I dilahirkan pada tahun 215 H di sebuah kampong yang bernama Nasa yang terletak di pinggir Bandar Kurasan.             Setelah meningkat remaja, beliau gemar menggembara untuk mendapatkan hadis. Walaupun ketika itu umurnya belum cukup 15 tahun namun atas kesungguhan dan ketabahan beliau dalam mencari ilmu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bermusafir ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah. Di sanalah beliau menimba segala ilmu hadis dari guru-guru yang alim dalam ilmu hadis sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat alim dalam...

MAKSUD, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ILMU HADIS

MAKSUD  ILMU HADISIlmu Hadis ialah pengetahuan yang menyatakan tentang hakikat sesuatu perkara yang berkaitan dengan percakapan, perbutan, pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah Salallhu Alaihi Wasallam. Maksudnya apabila kita mempelajari ilmu Hadith akan membolehkan kita mengetahui hakikat kebenaran dan dapat menilai sesuatu hadith. Pada zaman kita ini kita tidak sempat berjumpa dan mendampingi baginda, kebenaran sesuatu hadith hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian mengenai periwayat hadith dan kaedah yang digunakannya dalam meriwayatkan hadith. Tujuannya adalah untuk  mengetahui dan menilai kedudukan perawi( sanad) dan matan (lafaz) hadis. Melalui kaedah ini, seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji sifat- sifat perawi dan jumlah...

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB                                                            DALAM BIDANG PENTADBIRAN a) Pembentukan Majlis Syura Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara...

QADARIAH

Qadariah Merupakan golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan.Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah, Ma’abad al- Juhani. Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai.  Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar. Seterusnya...

Pages 51234 »