Saturday, February 18, 2012

AL QURAN SYAMIIL MIRACLE THE REFERENCES 22 IN 1

QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 "Mudah, Sahih, Lengkap dan Komprehensif" dipersembahkan untuk anda agar dapat memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian INFO PRODUKUkuran: A4 Halaman: 1,264  mukasurat Berat: 2.5 kgKulit: Hardcover 22 MANFAAT DALAM 1 QUR'AN2 CIRI-CIRI 22 DALAM 1     CIRI-CIRI AL-QUR'AN 22 in 1 1.       Terjemah Tafsiriyah Per Kata 2.       Keyword  3.       Sistem Pewarnaan Tajwid 4.       Panduan Hukum Tajwid 5.       Terjemahan...

Sunday, July 3, 2011

ANDAI KU TAHU

Andai kau tahu. aku juga harap kau tahu.Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa. Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana. tapi DIA.DIA ,Allah yang menjadikan dirimu dan diriku, di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui.InsyaAllah Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersamaBiarpun beribu bidadari datang melamar ku,InsyaAllah dirimu tetap untukku,Jika itu yang Allah kehendaki.Jodoh itu seperti rezeki.Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNyaKu mohon sungguh Ya Allah,Kuatkanlah imanku dan imannya..Jika dia benar untukku, Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan...

Friday, July 1, 2011

RINTIHAN ROH

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan. Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan...

Tuesday, June 28, 2011

PERLEMBAGAAN MADINAH

PERLEMBAGAAN MADINAH Sejarah Pembentukan Perlembagaan MadinahMadinah terletak di daerah Hijaz satu bahagian dari semenanjung arab yang terletak di antara dataran tinggi Najd dan daerah pantai Tihamah. Madinah Al-Munawwarah adalah sebuah kota yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib sebelum hijrah rasulullah s.a.w. ke sana bersama golongan muhajirin. Sebelum itu Madinah diduduki oleh dua suku arab yang utama iaitu suku kaum auz dan khazraj. Mereka sering hidup bertelagah sebelum kedatangan islam dengan mengamalkan budaya arab jahiliyah.             Setelah datangya islam melalui dakwah rasulullah, kedua kaum yang bermusuhan ini telah memeluk islam dan berdamai. Rentetan dari peristiwa perjanjian Aqabah yang membawa kepada penghijrahan rasulullah...

SECARA RINGKAS BERKENAAN DENGAN SUNAN NASA'I

RIWAYAT HIDUP Nama sebenar Imam Al- Nasa’I ialah Abu ‘Abd al –Rahman bin Syu’aib  al – Nasa’i  al- Kurasani. Beliau adalah seorang Imam Hadith dan seorang penghafal hadith yang hebat. Al-Nasa’I dilahirkan pada tahun 215 H di sebuah kampong yang bernama Nasa yang terletak di pinggir Bandar Kurasan.             Setelah meningkat remaja, beliau gemar menggembara untuk mendapatkan hadis. Walaupun ketika itu umurnya belum cukup 15 tahun namun atas kesungguhan dan ketabahan beliau dalam mencari ilmu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bermusafir ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah. Di sanalah beliau menimba segala ilmu hadis dari guru-guru yang alim dalam ilmu hadis sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat alim dalam...

MAKSUD, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ILMU HADIS

MAKSUD  ILMU HADISIlmu Hadis ialah pengetahuan yang menyatakan tentang hakikat sesuatu perkara yang berkaitan dengan percakapan, perbutan, pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah Salallhu Alaihi Wasallam. Maksudnya apabila kita mempelajari ilmu Hadith akan membolehkan kita mengetahui hakikat kebenaran dan dapat menilai sesuatu hadith. Pada zaman kita ini kita tidak sempat berjumpa dan mendampingi baginda, kebenaran sesuatu hadith hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian mengenai periwayat hadith dan kaedah yang digunakannya dalam meriwayatkan hadith. Tujuannya adalah untuk  mengetahui dan menilai kedudukan perawi( sanad) dan matan (lafaz) hadis. Melalui kaedah ini, seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji sifat- sifat perawi dan jumlah...

Pages 51234 »